1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda :
“Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya
seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan
orang yang takutkan Allah SWT akandiharamkan api neraka ke atas
tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke
rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti
bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan
keturunan Nabi Ismail AS.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan
kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada
hari pertama haidhnya membaca
“Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi
Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala
dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah
melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta’ala
mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid,
apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya (tidak berkahwin lain utk
membesarkan anak-anaknya) akan tinggal dekat dgn aku (Rasulullah SAW.)
di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung
di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta
menjaga sembahyang dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW.
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda,
“Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu,
berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat
kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang
dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka
Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (500
tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka
Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah SWT,
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan
puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid..
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajibbaginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa
kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak
yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila
diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah
mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu
kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta
keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki
yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama
seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan
baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja
tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia,
disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya
atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan
hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada
suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan
tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya
pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat
kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas
kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu
melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya
melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh
rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7
tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat
pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua
kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang
buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia
menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga
suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka
diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya
yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan
itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi
jenazah Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda
lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab
mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu
ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah dirumah dan
berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat
orang
lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh
ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya
dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan
bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah
akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang
dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang
dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas
tahta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan
kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan
baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang
lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut
anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri
anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak
helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan
menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang
memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut
dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya,
Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan
Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi
sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya
kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan
Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500
tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan
bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu
suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di
akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati
auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat
perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas
kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau
memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah
ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga
harta engkau dan dirinya.
57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri
(pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita
melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu
perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti
misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran
seorang syahid”.
Catatan: Point-point dari status ini terdapat di dalam kitab:
1. Kanzul ‘Ummal,
2. Al-Misykah,
3. Riadlush Shalihin,
4. Uqudilijjain,
5. Bhahishti Zewar,
6. Al-Hijab.
Mudah-mudahan dapat diambil ibrahnya…
Sumber : www.fiqhmenjawab.net